PERSETIAAN & UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan:
Taat Kepada Tuhan Raja dan Negara
Menolong Orang Pada Setiap Masa dan
Menurut Undang-undang Pengakap

Dipercayai, Taat, Berguna, Bersahabat, Berbudi, Kasihkan Binatang, Menurut Perintah, Tabah Hati, Berjimat-cermat, Suci Fikiran Perbuatan Perkataan

Dari Meja Pemimpin

Assalamualaikum & Salam Pengakap...
Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Hafeez Mansor -Pemimpin, Pn. Nor Akmawati Saleh dan Pn. Juraimi Hafiza Samsani kerana telah berjaya mendapat manikayu 2 bead.
Semoga kalian akan terus berpengakap dan mengimarahkan pergerakan pengakap dengan cara yang lebih beriman...
Sekali Berpengakap Terus Berpengakap

-Pemimpin-

Monday, October 5, 2009

Pesanan Akhir Tahun

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua ahli,
Pemimpin ingin memohon segala ampun dan maaf atas segala kelemahan yang berlaku sepanjang tahun dan berharap agar semua ahli dapat menguruskan cuti akhir tahun ini dengan aktiviti yang lebih bermakna seperti perkhemahan bersama keluarga atau lain-lain. Setiap aktiviti lasak adalah diingatkan bahawa agar semua ahli mendapat bimbingan ibu bapa masing-masing.
"Selamat Bercuti"
-Pemimpin-

Wednesday, July 8, 2009

PERTANDINGAN KEPANDAIAN DAN SUKAN PKK PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2009

Pada tahun ini, pihak sekolah telah memilih dan bersetuju untuk menghantar 4 patrol ke pertandingan. semoga mereka dapat memperbaik kegemilangan patrol pada sesi lepas. pertandingan dijangkakan seperti ketetapan berikut :
tarikh : 17 hingga 19 Julai 2009
tempat : sk dusun nanding, hulu langat

"semoga berjaya"

Tuesday, February 10, 2009

PETIKAN DARIPADA AKHBAR KOSMO!


100 tahun menabur jasa

Oleh AMREE AHMAD

Evolusi seabad pengakap di bumi Malaysia


PERGERAKAN pengakap menjadi antara pasukan beruniform paling digemari kebanyakan remaja sejak dulu lagi dan tidak ketinggalan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (berdiri lima dari kanan) sewaktu belajar di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


BELIAU pernah cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu kem jambori biasa pengakap di ibu negara suatu ketika dulu.

Namun, semangat berkobar-kobar Abdul Rahim Abdul Hamid nyata berbalas apabila beliau tidak pernah terfikir dianugerahkan dengan gelaran khas tertinggi, Pengakap Diraja.

Bagi Penolong Setiausaha Kerja (Program) Persekutuan Pengakap Malaysia itu, kenangan pahit manis sepanjang 35 tahun berbakti dalam dunia pengakap masih terus membara.

“Ia cuma bermula daripada minat tetapi kini saya berbangga, hobi itu turut dikongsi isteri yang juga Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sepang dan seorang anak lelaki saya sendiri,” katanya.

Ketika ditemui Kosmo! Ahad di pejabatnya di Rumah Baden Powell di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, Abdul Rahim, 46, mula memasuki pasukan beruniform itu ketika di darjah lima.

Tertarik dengan pakaian seragam pergerakan itu, anak jati Klang, Selangor itu lalu aktif dengan pengakap kanak-kanak semasa di Methodist Boy School di bandar diraja itu.

“Saya banyak mengikuti perkhemahan pengakap muda dan remaja di seluruh negara tetapi nostalgia tingkatan empat mungkin paling diingati kerana terlibat kemalangan,” kata beliau.

Apa tidaknya, sewaktu ke Kem Pengakap Selangor di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, motosikal ditunggangi bersama rakan terbabas namun mujur mereka sekadar luka kecil.

ABDULLAH menunjukkan simbol pengakap bersama pengakap luar negara di Melaka baru-baru ini.


Insiden itu tidak mematahkan semangat Abdul Rahim dan beliau masih aktif dalam dunia pengakap biarpun berkhidmat dengan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) lebih 25 tahun.

Malah di sebalik kesibukan bertugas di bahagian khidmat pelanggan, beliau berjaya mengharungi pelbagai ujian Pengakap Kelana yang khusus untuk golongan dewasa lepasan sekolah.

“Alhamdulillah saya lulus ujian Kelas 2 dan akhirnya Kelas 1 yang mengikut sukatan pengakap British untuk ditauliahkan sebagai antara penerima Pengakap Diraja,” jelasnya terharu.

Bayangkan, bukan mudah melepasi dua ujian itu tetapi meskipun amat sukar, menerima tauliah dekri Pengakap Diraja menjadi cita-cita kebanyakan anggota pengakap di Malaysia.

Watikah sijil tersebut hanya ditandatangani Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu serta diberi sendiri oleh Seri Paduka Baginda dengan berlangsung di dalam Istana Negara.

Bercakap sejarah pengakap Malaysia, Abdul Rahim berkata, pasukan itu dikesan di Singapura pada 1908 oleh Frank Cooper Sands dan juga digelar sebagai Bapa Pengakap Tanah Melayu.

Dia tiba dari Nottingham, England menubuhkan dua pasukan pengakap kanak-kanak untuk anak-anak pegawai kolonial Inggeris, sebelum berkembang pesat ke negeri-negeri lain pula.

Uniknya, pengakap Malaya diwujudkan kebetulan setahun selepas Bapa Pengakap Dunia, Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell baru mengasaskan pergerakan itu di England.

“Justeru, usia pengakap di negara kita seiring dengan evolusi pengakap antarabangsa dan kita antara perintis Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia pada tahun 1920,” katanya.


Hari ini sejajar dengan tema Satu Dunia Satu Persetiaan bersempena 100 tahun usia penubuhan, pengakap Malaysia dianggarkan memiliki lebih daripada 250,000 ahli aktif.

Malah ia menjadi badan uniform tanpa partisan tunggal di negara ini ditubuhkan dan diperbadan di bawah Parlimen menerusi Akta Pengakap Malaysia 1968.

IKATAN DAN SIMPULAN

 

blogger templates | Make Money Online